- Karangan ini tergolong dalam jenis berformat.2. Kebiasaannya surat tidak rasmi dihantar kepada kawan, ahli keluarga, dan juga sesiapa sahaja yang dikenali.3. Panduan penulisan surat seperti berikut:a. Tuliskan alamat pengirim/kamu.b. Tarikh surat ditulisc. Pendulu surat/ucap selamat/tanya khabard. Kata sapaan / panggilane. Beri penjelasan tujuan surat disampaikanf. Penutup suratg. Isi lain yang hendak disampaikanh. Penutup surati. Tandatangan
4. Bagi surat kepada ahli keluarga kamu digalakkan menggunakan panggilan seperti ayahanda, bonda, kakanda atau adinda. Untuk surat biasa gunakan saudara / saudari atau sebut namanya.5. Untuk memulakan surat ( pendulu surat ) terdapat beberapa cara yang biasa digunakan, antaranya seperti di bawah ini:a. Menemui sahabatku / ayahanda yang kini berada di .......... semoga beradadalam keadaan sihat hendaknya. Saya / anakanda di sini sihat walafiat.
b. Kepada yang diingati .......... yang kini berada di .......... semoga selamat
sejahtera.
6. Untuk mengakhiri surat juga terdapat beberapa cara yang boleh digunakan. Antaranya adalah seperti berikut:a. Akhir kata, saya berharap agar ……….b. Sekian sahaja untuk kali ini, semoga ………. sentiasa dalam keadaan sihatsejahtera / bergembira selalu.
c. Akhir kata, sambutlah salam ………. daripada saya untuk ………. sekeluarga.
Sekian, terima kasih.
Panduan Menulis Karangan Surat Tidak Rasmi
04:29 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment