Panduan Menulis Karangan Surat Tidak Rasmi

  1.       Karangan ini tergolong dalam jenis berformat.
    2.    Kebiasaannya surat tidak rasmi dihantar kepada kawan, ahli keluarga, dan juga sesiapa sahaja yang dikenali.
    3.    Panduan penulisan surat seperti berikut:
          a.    Tuliskan alamat pengirim/kamu. 
          b.    Tarikh surat ditulis 
          c.    Pendulu surat/ucap selamat/tanya khabar 
          d.    Kata sapaan / panggilan 
          e.    Beri penjelasan tujuan surat disampaikan 
          f.     Penutup surat 
          g.    Isi lain yang hendak disampaikan 
          h.    Penutup surat 
           i.      Tandatangan

    4.    Bagi surat kepada ahli keluarga kamu digalakkan menggunakan panggilan seperti ayahanda, bonda, kakanda atau adinda. Untuk surat biasa gunakan saudara / saudari atau sebut namanya.
    5.    Untuk memulakan surat ( pendulu surat ) terdapat beberapa cara yang biasa digunakan, antaranya seperti di bawah ini:
         a.    Menemui sahabatku / ayahanda yang kini berada di .......... semoga berada
         dalam keadaan sihat hendaknya. Saya / anakanda di sini sihat walafiat.
    b.    Kepada yang diingati .......... yang kini berada di .......... semoga selamat
         sejahtera.

    6.    Untuk mengakhiri surat juga terdapat beberapa cara yang boleh digunakan. Antaranya adalah seperti berikut:
          a.    Akhir kata, saya berharap agar ……….  
          b.    Sekian sahaja untuk kali ini, semoga ………. sentiasa dalam keadaan sihat       
         sejahtera / bergembira selalu.
    c.    Akhir kata, sambutlah salam ………. daripada saya untuk ………. sekeluarga.  

         Sekian, terima kasih.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment