Panduan Menulis Karangan Keperihalan

  1.        Karangan ini tergolong dalam jenis karangan bebas. Ia tidak banyak bezanya dengan karangan cerita.
    2.    Karangan jenis ini menghendaki anda mengetahui sesuatu peristiwa, perasaan, khayalan dan sebagainya dengan memberi gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku.
    3.    Peristiwa atau perkara yang hendak ditulis adalah berupa pengalaman yang kami lalui sendiri, ataupun apa yang kamu saksikan.
    4.    Sebelum menentukan isinya, fahami kehendak soalan betul-betul dan tentukan apakah perkara yang harus diberi tumpuan.
    5.    Peristiwa yang digambarkan sebaik-baiknya mempunyai maklumat masa, orang yang terlibat dan tempat berlaku. Namun fokus utama ialah suasanya.
    6.    Susun isi/peristiwa mengikut urutan.
    7.    Anda perlu meletakkan diri anda dalam suasana yang diceritakan agar apa yang ditulis akan lebih berkesan dan mampu menarik perhatian pembaca.
    8.    Untuk memantapkan lagi cerita, gunakan ungkapan-ungkapan menarik, perkataan berganda, bahasa kiasan, simpula bahasa, kata penguat dan sebagainya.
    Contohnya : Berduyun-duyun, sepantas kilat, riuh-rendah, amat menyedihkan, dan sebagainya.
    9.    Peristiwa – peristiwa yang diceritakan mestilah logik atau munasabah.
    10.  Anda perlu sentiasa mengajukan solan “ apakah yang berlaku selepas itu ?” , “ mengapakah?”, “bagaimanakah?” , di samping soalan-soalan asas (siapa,bila,di mana).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment