Panduan Menulis Karangan Fakta

  1.     Faham betul-betul apa yang dikehendaki dalam soalan yang dikemukakan.Calon tidak perlu mengemukakan isi-isi yang tidak dikehendaki. Contohnya jika soalan berkehendakkan faedah, nyatakan faedahnya sahaja.
    2.    Calon mestilah mempunyai pengetahuan tentang tajuk yang dikemukakan.
    3.    Isi yang dikemukakan mestilah berdasarkan fakta iaitu sesuatu yang benar dan diterima umum.
    4.    Calon mestilah membina ayat-ayat yang bertujuan untuk memberitahu atau menerangkan tentang idea yang hendak disampaikan. Ingat, jangan bercerita.
    5.    Kemukakan isi dalam ayat yang mudah.Kemudian diikuti dengan ayat huraian serta contoh.
    6.    Seboleh-bolehnya elakkan menggunakan perkataan saya .Kata ganti diri yang sesuai ialah ‘kita’.
    7.    Sentiasa ingat, bahawa apa yang ditulis adalah untuk memberi penjelasan, bukannya mencurahkan pengalaman atau menceritakan kisah peribadi.
    8.    Bahagian pendahuluan hendaklah menyatakan maksud atau pengertian apa yang ditanya.
    9.    Bahagian penutup sebaik-baiknya, berikan penegasan atau pendapat sebagai rumusan apa yang telah anda tulis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment