Panduan Mengarang Karangan Perbincangan


1.    Karangan perbincangan adalah hampir serupa dengan karangan fakta. Karangan ini lebih menumpukan kepada sesuatu persoalan dan menghendaki kamu memberikan pandangan atau pendapat.
2.    Biasanya karangan ini membincangkan sesuatu tajuk atau isu yang dikemukakan.
3.    Kamu perlu memberi pendapat/pandangan yang berkaitan dengan apa yang dikehendaki. Pendapat itu perlu disokong dengan huraian dan contoh yang logik.
4.    Sebelum mula mengumpul maklumat, calon mestilah memastikan apakah yang dikehendaki/disoal. Jika cara/langkah, bincangkan cara/langkah sahaja. Jika kesan, bincangkan kesan sahaja.
5.    Dalam bahagian pendahuluan, sebaik-baiknya kamu berikan penjelasan tentang persoalan atau memberi tafsiran tajuk. Salah satu cara, tulis semula persoalan yang dikemukakan dalam soalan, kemudian berikan contoh-contoh yang sesuai.
6.    Gunakan bahasa yang tepat dan jangan berbelit-belit. Bahagian penutup hendaklah memasukkan penegasan apa yang kamu bincangkan atau rumusan daripada isi-isi yang telah kamu kemukakan.
7.    Wujudkan kesinambungan isi dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment