Panduan Mengarang Karangan Cerita

  1.             Karangan cerita tergolong dalam jenis karangan bebas.
     2.    Karangan ini biasanya mengenai pengalaman penulis dalam sesuatu peristiwa. Akhir-akhir ini, soalan banyak menjurus kepada KBKK isitu meminta anda menentukan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
    3.    Unsur-unsur penting dalam sesebuah karangan cerita ialah:
    i – ada peristiwa (yang hendak diceritakan)
    ii- watak atau orang yang terlibat
    iii- masa dan tempat di mana peristiwa itu berlaku
    iv- suasana, sebab dan akibat yang berkaitan dengan perstiwa itu
    4.    Biasanya cerita akan bermula dengan bahagian permulaan, iaitu penceritaan tentang apa peristiwanya, masa dan tempat.
    5.    Bahagian perkembangan cerita biasanya menggambarkan suasana atau keadaan dari pelbagai sudut dan aktiviti.
    6.    Selalunya karangan cerita berakhir dengan pernyataan perasaan atau penyelesaian cerita.
    7.    Gunakan kreativiti tersendiri untuk mempersembahkan cerita anda. Sesebuah cerita akan lebih menarik dengan penggunaan perkataan yang menarik seperti kata ganda, adjektif , perumpamaan, perbandingan dan sebagainya.
    8.    Cerita yang disampaikan janganlah berbelit-belit, berulang-ulang atau bercampur-aduk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment