ANALISIS SOALAN UPSR - BM PENULISAN (TAHUN 2006-2011)


TAHUN

TAJUK SOALAN
JENIS KARANGAN/
KATA KUNCI
20066
A   Gambar Tunggal  -  Suasana di kantin sekolah
B   1. Cara-cara menjaga kesihatan
      2. Ucapan kejayaan
      3. Perbualan tentang lawatan yang akan disertai
C   Cerita tentang hobi mengumpul setem seorang  
      budak

Tentang
Fakta
Ucapan
Dialog
Pengajaran
2007
A   Gambar Tunggal
      -Persiapan Hari Kecemerlangan Murid
B   1. Cerita tentang kebaikan jiran
      2. Menyambungkan cerita”tiba-tiba…”
      3. Pertandingan lukisan sempena Hari 
          Kemerdekaan
C   Cerita tentang seorang budak terjumpa dompet

Tentang

Cerita
Menyambung Cerita


Nilai Murni
2008
A   Gambar Bersiri (4 gambar)
      - Tentang cara-cara melintas jalan raya
B   1. Mendapat RM500 kerana menang pertandingan 
         lukisan
      2.Menulis tentang orang yang disayangi
      3.Faedah menuntut ilmu
C   Perbualan di hospital ketika melawat kawan yang 
      menghidap demam denggi   

Tentang


Cerita keperihalan
Biografi
Fakta
Pengajaran

2009
A   Gambar Tunggal
      - Gotong-royong di Taman Sains sekolah
B   1.Menyudahkan cerita,”rakan-rakan mengucapkan
         tahniah…”                   
      2.Pengalaman sukan sekolah sendiri atau kawan
      3.Surat kepada abang tentang persediaan
         menghadapi UPSR
C   Cerita binatang Sang Semut dan Sang Merbuk

Aktiviti

Menyudahkan cerita
Cerita
Surat kiriman tidak rasmi
Nilai murni

2010
A   Gambar Tunggal - Suasana di halaman rumah
B   1.Cerita tentang buku menarik yang pernah dibaca
      2.Faedah murid menyertai kem motivasi UPSR
      3.Laporan perkhemahan yang pernah disertai
C   Surat Kiriman Tidak Rasmi (Pengalaman Menyertai
      Lawatan)

Aktiviti
Cerita
Fakta
Laporan
Nilai murni

2011
A   Gambar Tunggal -Suasana Hari Raya
B   1.Ceritakan tempat menarik yang pernah dilawati.
      2.Kebaikan membawa bekal ke sekolah.
      3.Perbualan -Kejayaan rakan yang mendapat johan   
         dalam pertandingan bercerita peringkat daerah.
C   Ucapan

Aktiviti
Cerita
Perbincangan
Dialog

Nilai murni

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera - Lirik (Lagu tema Hari Kemerde...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Malaysia Theme Song

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENULISAN BAHAGIAN C

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENULISAN BAHAGIAN B



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 3)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENULISAN BAHAGIAN A





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panduan Menulis Karangan Surat Tidak Rasmi

  1.       Karangan ini tergolong dalam jenis berformat.
    2.    Kebiasaannya surat tidak rasmi dihantar kepada kawan, ahli keluarga, dan juga sesiapa sahaja yang dikenali.
    3.    Panduan penulisan surat seperti berikut:
          a.    Tuliskan alamat pengirim/kamu. 
          b.    Tarikh surat ditulis 
          c.    Pendulu surat/ucap selamat/tanya khabar 
          d.    Kata sapaan / panggilan 
          e.    Beri penjelasan tujuan surat disampaikan 
          f.     Penutup surat 
          g.    Isi lain yang hendak disampaikan 
          h.    Penutup surat 
           i.      Tandatangan

    4.    Bagi surat kepada ahli keluarga kamu digalakkan menggunakan panggilan seperti ayahanda, bonda, kakanda atau adinda. Untuk surat biasa gunakan saudara / saudari atau sebut namanya.
    5.    Untuk memulakan surat ( pendulu surat ) terdapat beberapa cara yang biasa digunakan, antaranya seperti di bawah ini:
         a.    Menemui sahabatku / ayahanda yang kini berada di .......... semoga berada
         dalam keadaan sihat hendaknya. Saya / anakanda di sini sihat walafiat.
    b.    Kepada yang diingati .......... yang kini berada di .......... semoga selamat
         sejahtera.

    6.    Untuk mengakhiri surat juga terdapat beberapa cara yang boleh digunakan. Antaranya adalah seperti berikut:
          a.    Akhir kata, saya berharap agar ……….  
          b.    Sekian sahaja untuk kali ini, semoga ………. sentiasa dalam keadaan sihat       
         sejahtera / bergembira selalu.
    c.    Akhir kata, sambutlah salam ………. daripada saya untuk ………. sekeluarga.  

         Sekian, terima kasih.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panduan Menulis Karangan Fakta

  1.     Faham betul-betul apa yang dikehendaki dalam soalan yang dikemukakan.Calon tidak perlu mengemukakan isi-isi yang tidak dikehendaki. Contohnya jika soalan berkehendakkan faedah, nyatakan faedahnya sahaja.
    2.    Calon mestilah mempunyai pengetahuan tentang tajuk yang dikemukakan.
    3.    Isi yang dikemukakan mestilah berdasarkan fakta iaitu sesuatu yang benar dan diterima umum.
    4.    Calon mestilah membina ayat-ayat yang bertujuan untuk memberitahu atau menerangkan tentang idea yang hendak disampaikan. Ingat, jangan bercerita.
    5.    Kemukakan isi dalam ayat yang mudah.Kemudian diikuti dengan ayat huraian serta contoh.
    6.    Seboleh-bolehnya elakkan menggunakan perkataan saya .Kata ganti diri yang sesuai ialah ‘kita’.
    7.    Sentiasa ingat, bahawa apa yang ditulis adalah untuk memberi penjelasan, bukannya mencurahkan pengalaman atau menceritakan kisah peribadi.
    8.    Bahagian pendahuluan hendaklah menyatakan maksud atau pengertian apa yang ditanya.
    9.    Bahagian penutup sebaik-baiknya, berikan penegasan atau pendapat sebagai rumusan apa yang telah anda tulis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panduan Mengarang Karangan Autobiografi/Biografi

  1.     .       Karangan autobiografi dan biografi tergolong dalam kalangan bebas.
    2.      Karangan autobiografi adalah penulisan yang megisahkan riwayat hidup diri sendiri.Biasanya soalan yang dikemukakan mengandaikan penulis/calon menjadi orang lain dan juga benda lain yang tidak bernyawa seperti jam tangan, pen, kerta, kasut dan sebagainya.
    3.     Karangan biografi pula menceritakan tentang diri seseorang (orang lain) seperti ibu, bapa, sahabat, tokoh dan sebagainya.
    4.     Kedua-dua jenis karangan ini biasanya menceritakan tentang asal-usul, perjalanan hidup, dan juga peristiwa-peristiwa penting yang sukar dilupakan.
    5.     Untuk memberi kesan yang menarik, masukkan unsur-unsur cabaran/dugaan hidup yang dihadapi.
    6.     Dalam karangan jenis ini, anda perlu menggunakan banyak kata sifat/adjektif dan perasaan untuk menimbulkan kesan atau member gambaran tentang “diri” yang diceritakan.        
         Contoh : besar, kecil, mahal, cantik, sabar, sedih, tabah, rajin, gembira dan lain-lain.
    7.    Bagi karangan autobiografi, anda juga boleh memasukkan ulasan berupa penilaian ke atas siapa yang kamu ceritakan itu.
    8.    Pilih perkataan-perkataan yang menarik dan berkaitan.
    9.    Elakkan daripada membina ayat yang berbelit-belit, berulang-ulang dan terlalu panjang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panduan Mengarang Karangan Perbincangan


1.    Karangan perbincangan adalah hampir serupa dengan karangan fakta. Karangan ini lebih menumpukan kepada sesuatu persoalan dan menghendaki kamu memberikan pandangan atau pendapat.
2.    Biasanya karangan ini membincangkan sesuatu tajuk atau isu yang dikemukakan.
3.    Kamu perlu memberi pendapat/pandangan yang berkaitan dengan apa yang dikehendaki. Pendapat itu perlu disokong dengan huraian dan contoh yang logik.
4.    Sebelum mula mengumpul maklumat, calon mestilah memastikan apakah yang dikehendaki/disoal. Jika cara/langkah, bincangkan cara/langkah sahaja. Jika kesan, bincangkan kesan sahaja.
5.    Dalam bahagian pendahuluan, sebaik-baiknya kamu berikan penjelasan tentang persoalan atau memberi tafsiran tajuk. Salah satu cara, tulis semula persoalan yang dikemukakan dalam soalan, kemudian berikan contoh-contoh yang sesuai.
6.    Gunakan bahasa yang tepat dan jangan berbelit-belit. Bahagian penutup hendaklah memasukkan penegasan apa yang kamu bincangkan atau rumusan daripada isi-isi yang telah kamu kemukakan.
7.    Wujudkan kesinambungan isi dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panduan Mengarang Karangan Cerita

  1.             Karangan cerita tergolong dalam jenis karangan bebas.
     2.    Karangan ini biasanya mengenai pengalaman penulis dalam sesuatu peristiwa. Akhir-akhir ini, soalan banyak menjurus kepada KBKK isitu meminta anda menentukan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
    3.    Unsur-unsur penting dalam sesebuah karangan cerita ialah:
    i – ada peristiwa (yang hendak diceritakan)
    ii- watak atau orang yang terlibat
    iii- masa dan tempat di mana peristiwa itu berlaku
    iv- suasana, sebab dan akibat yang berkaitan dengan perstiwa itu
    4.    Biasanya cerita akan bermula dengan bahagian permulaan, iaitu penceritaan tentang apa peristiwanya, masa dan tempat.
    5.    Bahagian perkembangan cerita biasanya menggambarkan suasana atau keadaan dari pelbagai sudut dan aktiviti.
    6.    Selalunya karangan cerita berakhir dengan pernyataan perasaan atau penyelesaian cerita.
    7.    Gunakan kreativiti tersendiri untuk mempersembahkan cerita anda. Sesebuah cerita akan lebih menarik dengan penggunaan perkataan yang menarik seperti kata ganda, adjektif , perumpamaan, perbandingan dan sebagainya.
    8.    Cerita yang disampaikan janganlah berbelit-belit, berulang-ulang atau bercampur-aduk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panduan Menulis Karangan Keperihalan

  1.        Karangan ini tergolong dalam jenis karangan bebas. Ia tidak banyak bezanya dengan karangan cerita.
    2.    Karangan jenis ini menghendaki anda mengetahui sesuatu peristiwa, perasaan, khayalan dan sebagainya dengan memberi gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku.
    3.    Peristiwa atau perkara yang hendak ditulis adalah berupa pengalaman yang kami lalui sendiri, ataupun apa yang kamu saksikan.
    4.    Sebelum menentukan isinya, fahami kehendak soalan betul-betul dan tentukan apakah perkara yang harus diberi tumpuan.
    5.    Peristiwa yang digambarkan sebaik-baiknya mempunyai maklumat masa, orang yang terlibat dan tempat berlaku. Namun fokus utama ialah suasanya.
    6.    Susun isi/peristiwa mengikut urutan.
    7.    Anda perlu meletakkan diri anda dalam suasana yang diceritakan agar apa yang ditulis akan lebih berkesan dan mampu menarik perhatian pembaca.
    8.    Untuk memantapkan lagi cerita, gunakan ungkapan-ungkapan menarik, perkataan berganda, bahasa kiasan, simpula bahasa, kata penguat dan sebagainya.
    Contohnya : Berduyun-duyun, sepantas kilat, riuh-rendah, amat menyedihkan, dan sebagainya.
    9.    Peristiwa – peristiwa yang diceritakan mestilah logik atau munasabah.
    10.  Anda perlu sentiasa mengajukan solan “ apakah yang berlaku selepas itu ?” , “ mengapakah?”, “bagaimanakah?” , di samping soalan-soalan asas (siapa,bila,di mana).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS